Kolagen dai Rumpai Laut Berkesankah? Ini adalah tajuk perbincangan yang
dibincangkan dalam Wanita Hari Ini 24 April 2013 di TV3..
Panel yang terlibat dalam perbincangan WHI ialah
Prof Madya Dr Suhaimi Yasir (Ketua Pengarah Unit Penyelidikan Rumpai Laut
Sabah,UMS) & Hardiyanti Nirwan Ben (Penganalisis Saintifik & Pembagunan
Perniagaan TPM Biotech).
Dalam
perbincangan mengatakan tiada kolagen di dalam rumpai laut ini. Dari segi sains kolagen adalah komponen
protein polimer maknanya bahan asasnya adalah protein. Jadi tidak sama dengan
bahan asas dalam rumpai laut kerana strukturnya terdiri dari
karbohidrat.
Kebaikan Rumpai Laut
rumpai laut ini tinggi dengan serat, protein, mineral, Asid Amino di mana
peranan protein & Asid Amino ini membantu dalam menambah baik kolagen yang
sedia ada dalam tubuh badan kita. Secara tidak langsung bila kita makan rumpai
laut ini sendiri dapat menambah baik kolagen dalam badan dan itu membantu
dari segi struktur kulit yang cantik, keanjalan dan sebagainya.
ia juga mengandungi fibre &
potassium yang tinggi. Rumpai laut ini digunakan untuk makanan untuk kecantikan
dan juga untuk kesihatan.
Dalam
satu penyelidikan dan kajian menggunakan haiwan iaitu tikus. Kesannya adalah
positif. Di mana tikus ini diletakkan kolestrol yang tinggi dan apabila
disuntik dengan rumpai laut ini taraf kolestrolnya menurun.
Rumpai
laut ini penuh dengan mineral, zat, protein dan vitamin
(B,C,D,E,Antioksidan) dapat membantu dalam masalah kulit dan juga ekzema.
Jika amalkan dan makan hari-hari boleh mengekalkan kandungan kolagen
dalam badan yang menyebabkan kulit tegang dan sebagainya, dan memang telah
terbukti.
Rumpai
laut ini adalah bahan organik dan selamat digunakan. Bak kate Prof Madya Dr
Suhaimi Nasir boleh diambil selame-lamenye takde masalah :-) Menggunakan
rumpai laut adalah semestinya pilihan yang bijak. Kerana ianya 100% bahan semula
jadi dan harganya berpatutan.
Testimoni
dalam WHI:
Juminah Arbai'e -Mula-mula beliau tidak percaye kan
keberkesanannya.tapi setelah mencube sembelit dah takde, kulit rase
halus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan